Dunia Islam harus dilihat kuat dalam isu Timur Tengah - PM

Dunia Islam harus dilihat kuat dalam isu Timur Tengah – PM

ANWAR Ibrahim ketika Program Temu Anwar yang berlangsung di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dunia Islam khususnya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) seharusnya dilihat tegas berhubung soal konflik Timur Tengah khususnya membabitkan serangan di Gaza, Palestin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara Islam perlu ada kekuatan untuk merungkai isu tersebut dan akan dilihat lemah jika gagal berbuat demikian.

Katanya, beliau telah diminta untuk menghadiri Persidangan Khas OIC yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi.

“Semalam Putera Mohammed Salman (Putera Mahkota Arab Saudi) maklum ada Persidangan Khas OIC di Riyadh, minta saya hadir.

“Saya jawab insya-Allah cuba, tetapi saya kata harus ada (nampak) kuat sikit, kalau tidak, kita nampak lemah,” katanya dalam Program Temu Anwar yang berlangsung di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), di sini hari ini.

Menurut Anwar, Malaysia walaupun sebuah negara kecil tetapi tidak boleh berdiam diri dengan serangan berterusan Israel terhadap penduduk Gaza sekalipun dengan mengemukakan suara bantahan.

“Baru-baru ini saya ada jumpa Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken di Laos. Ada bincang pelaburan, ada juga bincang berkenaan Gaza, Lebanon,” katanya.

Katanya, Malaysia merupakan sebuah tanah air merdeka dan berdaulat untuk bersahabat dengan mana-mana negara.

Sementara itu, Anwar berkata, beliau hairan dengan sikap segelintir Ahli Parlimen yang membantah tindakan kerajaan berhubung penyasaran subsidi dalam kalangan golongan T15.

“Kita sedang kaji pendapatan sebenar T15. Tetapi bagaimana dengan pendapatan RM100,000 sebulan, ada juga sejuta pendapatan.

“Tetapi ada pendebatan di Parlimen, saya hairan dengan bagaimana pula?

“Lagi ramai ahli Parlimen yang mempertahankan T15 berbanding rakyat yang (jumlah) 85 peratus,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya