DUN Selangor: RM639.2 bilion nilai dagangan direkod

DUN Selangor: RM639.2 bilion nilai dagangan direkod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Selangor merekodkan nilai dagangan sebanyak RM639.2 bilion susulan penyertaan negara dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) pada 2022.

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti, Ng Sze Han berkata, pencapaian antara Januari hingga September yang merekodkan peningkatan 13.9 peratus berbanding tahun lalu, turut dipengaruhi Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

“Selangor turut menyumbang 23.7 peratus iaitu RM264 bilion kepada eksport negara, manakala untuk import negara melibatkan RM375.2 bilion dengan peratusan sebanyak 36.6.

“Merujuk rekod jumlah eksport negara, prestasi perdagangan Selangor meningkat, memberangsangkan dan menunjukkan impak positif selepas penglibatan Malaysia dalam RCEP dan CPTPP pada 2022,” katanya pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Ke-15, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Jelasnya, purata nilai dagangan dicatat bagi tempoh tiga tahun sebelum penglibatan Malaysia dalam kedua-dua perjanjian itu adalah sebanyak RM 615.44 bilion, kemudian pada 2022 nilai purata dagangan melonjak RM738.47 bilion.

“Produk dagangan utama seperti jentera dan kelengkapan (RM273.35 bilion atau 42.8 peratus) serta perkilangan (RM101.99 bilion atau 16 peratus).

“Produk lain termasuk bahan kimia (RM78.65 bilion atau 12.3 peratus), artikel perkilangan (RM65.35 bilion atau 10.2 peratus) dan makanan (RM46.37 bilion atau 7.3 peratus),”ujarnya.

Dalam pada itu, Sze Han memberitahu berkata rakan dagangan utama seperti China mencatatkan 23.9 peratus, manakala Amerika Syarikat pula 12.1 peratus, Jepun (6.5 peratus), Indonesia (4.4 peratus) dan India (4.1 peratus).

Tambahnya lagi, Selangor turut menganjurkan program pameran seperti sidang kemuncak perniagaan dan persidangan halal antarabangsa bagi mempromosi produk keluaran negeri ke pasaran luar negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya