DUN Sabah: Lantikan kontraktor Lebuhraya Pan Borneo dipertikai

DUN Sabah: Lantikan kontraktor Lebuhraya Pan Borneo dipertikai

BUNG MOKTAR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Isu lantikan kontraktor projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) menghangatkan suasana hari keempat persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini.

Datuk Seri Bung Moktar Radin (UMNO-Lamag) mempersoalkan tentang kelayakan sebuah kontraktor dari Semenanjung yang dipercayai tidak mempunyai kelayakan untuk menerima surat setuju terima (SST) bagi projek pembinaan Fasa 1B Lebuhraya Pan Borneo.

Beliau berkata, pengeluaran SST kepada sebuah syarikat dari Semenanjung tidak dinilai oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan syarikat berkenaan tidak layak dipertimbangkan.

“Jadi, YB selaku Menteri Kerja Raya berdiri atas ingeriti atau menjadi pak turut kepada arahan daripada atas supaya mengeluarkan SST sedangkan JKR telah memilih lapan syarikat dari Sabah yang layak dan perlu diberi pertimbangan.

“Malah, dalam pakej WP33, syarikat dilantik telah melantik sub-kontraktor yang lain, ini bermakna dua kali kena sub-kontraktor. Ini faktor yang menyebabkan Lebuhraya Pan Borneo gagal. Jadi, saya mahu pendirian menteri mempertahankan hak-hak negeri Sabah,” katanya semasa mencelah ucapan penggulungan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Shahelmey Yahya.

Menjawab persoalan dikemukakan ADUN Lamag, Shahelmey berkata, perubahan semasa proses perolehan tender bagi pakej WP32 memang berlaku dan kerajaan negeri telah menulis surat mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Kewangan sebelum pengeluaran SST.

Namun, kementeriannya dimaklumkan keputusan Kementerian Kewangan adalah muktamad dan pihaknya terpaksa menerima keputusan berkenaan.

 

Walau bagaimanapun, syarikat yang didakwa gagal itu sebenarnya, lulus pada peringkat pra-kelayakan dan mereka gagal dalam peringkat harga kerana difahamkan tender yang dikemukakan syarikat tersebut pada harga yang rendah daripada paras ditentukan kerajaan.

Bagi kontraktor pakej WP33 yang didakwa melantik sub-kontraktor, JKR selaku pegawai penguasa, diberi amaran untuk tidak ulangi kesilapan dilakukan kerana mereka melantik sub-kontraktor tanpa persetujuan tatacara kontrak maka, kontraktor itu boleh dikenakan tindakan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN