DUN Sabah: Ini adalah bajet pilihan raya - Mohd. Shafie

DUN Sabah: Ini adalah bajet pilihan raya – Mohd. Shafie

MOHD. Shafie Apdal semasa ditemui pemberita di DUN Sabah, Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyifatkan Belanjawan 2025 negeri yang dibentangkan pada Jumaat lalu sebagai bajet pilihan raya.

Menurut beliau, biarpun kerajan negeri memberikan RM300 setiap bulan melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat kepada golongan miskin dan miskin tegar namun, langsung tiada langkah penyelesaian konkrit yang diambil bagi menoktahkan miskin tegar di negeri ini.

“Pemberian bantuan ini mungkin jangka pendek sahaja. Langkah harus diambil, duit berbilion yang ada perlu digunakan sebaik mungkin untuk memberi manfaat kepada rakyat.

“Bukan hanya mereka mempunyai pekerjaan bahkan, mereka boleh manfaatkan sumber alam yang ada. Apabila kita mendengar dalam pembentangan bajet ini, tidak ada langkah konkrit, jangka panjang,” katanya semasa sidang akhbar sempena Persidangan DUN Sabah, hari ini.

Beliau berkata, sekiranya pembangunan modal insan dilakukan bagi membolehkan masyarakat luar bandar dilengkapi dengan ilmu dan latihan kemahiran maka, mereka boleh memperoleh pekerjaan dengan gaji yang lebih baik.

Mengulas akta baharu Filipina, Mohd. Shafie berkata, isu berkaitan dengan keselamatan sempadan, bukan hanya perlu dibincangkan di peringkat Persekutuan tetapi juga, di peringkat negeri.

“Perkara ini harus diperhalusi sama ada dibahaskan bukan hanya di Parlimen tetapi juga di peringkat negeri. Adalah menjadi satu kewajipan untuk memberi penjelasan bahawa keadaan ini boleh menjejaskan keselamatan.

“Kesannya cukup besar kepada rakyat. Bayangkan kita di Semporna yang berhadapan dengan ancaman lanun setiap tahun. Bukan hanya lanun bahkan, nyawa manusia turut terkorban dan ia menjadi kebimbangan kita,” katanya.

Kata beliau, penting untuk memastikan tidak berlaku ketirisan kerana sumber di Laut China Selatan yang berada di sempadan negara perlu terus dijaga dengan baik dan kerajaan perlu lebih telus dalam memastikan sumber itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Jelasnya, ketelusan dalam isu sebegini penting agar rakyat mengetahui apa yang berlaku di sempadan negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya