DUN Sabah: Hampir separuh jalan raya belum berturap

DUN Sabah: Hampir separuh jalan raya belum berturap

SUHAIMI Nasir (kanan) bersama dengan Ketua Pembangkang DUN Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal semasa menghadiri persidangan DUN Sabah di Kota Kinabalu hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Hampir separuh daripada 21,000 kilometer rangkaian jalan raya di Sabah terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman belum berturap sehingga sekarang.

Datuk Suhaimi Nasir (UMNO-ADUN Dilantik) berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) hanya diperuntukkan sebanyak RM 424.53 juta bagi melaksanakan program membina dan menaiktaraf jalan raya di kawasan bandar luar bandar dan pekan kecil, namun, jumlah itu dikurangkan kepada RM 6.31 juta daripada peruntukan pada tahun ini iaitu sebanyak RM 430.84 juta.

Katanya, peruntukan kurang sedangkan masih banyak program membina, menyelenggara dan menaik taraf jalan raya di negeri ini perlu dilaksanakan bagi memastikan keselesaan dan kepentingan rakyat itu terbela.

“Kawasan pedalaman kaya dengan hasil pertanian seperti kelapa sawit, getah, dan sayur-sayuran tetapi berdepan cabaran mengangkut hasil ke pasaran, menyebabkan kos logistik meningkat.

“Adakah kerajaan negeri sekadar mengharapkan peruntukan daripada kerajaan Persekutuan? Namun, apabila peruntukan diberikan, ia tidak dibelanjakan dengan sebaik mungkin.

“Itu menyebabkan rakyat Sabah masih berdepan dengan cabaran infrastruktur jalan raya dan masalah ini bukan sahaja melibatkan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya, tetapi turut memberi impak kepada pembangunan ekonomi negeri,” katanya dalam sesi perbahasan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Beliau turut menyarankan kerajaan negeri menambahkan peruntukan bagi melaksana kerja-kerja penggantian paip-paip usang dan sering bocor, yang mengakibatkan pembaziran daripada hasil negeri dan kos penyelenggaraan.

Kerajaan juga perlu mengenal pasti loji rawatan air yang tidak mampu memenuhi permintaan pengguna seperti di Loji Rawatan Air Telibong yang kini beroperasi melebihi kapasiti dan telah mengakibatkan gangguan bekalan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya