DUN Pulau Pinang: Tiada peruntukan tambahan kepada ADUN pembangkang

DUN Pulau Pinang: Tiada peruntukan tambahan kepada ADUN pembangkang

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri tidak berhasrat menambah peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di Pulau Pinang malah, peruntukkan RM60,000 kepada ADUN-ADUN pembangkang akan dikekalkan untuk tahun depan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ia berikutan kerajaan negeri telah melantik Pegawai Penyelaras KADUN di kawasan-kawasan tersebut (pembangkang).

“Bagi tahun 2024 ini, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM500,000 kepada ADUN kerajaan, RM60,000 kepada ADUN pembangkang dan RM100,000 kepada Pegawai Penyelaras KADUN,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Kon Yeow (DAP-Padang Kota) menjawab soalan Zulkefli Bakar (Bersatu-Penanti) mengenai jumlah peruntukan kepada ADUN Pembangkang.

Kon Yeow berkata segala peruntukan demi manfaat penduduk, tidak kira di kawasan ADUN kerajaan atau pembangkang, diselaraskan secara bersepadu oleh jabatan, agensi serta anak syarikat kerajaan negeri, yang diterjemahkan kepada projek dan program di bawah Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau pelaksanaan projek atau program secara langsung oleh kerajaan negeri.

“Sebagai wakil rakyat, semua ADUN boleh mengetengahkan masalah atau permintaan penduduk di kawasan mereka kepada jabatan dan agensi kerajaan negeri yang sentiasa bersedia membantu rakyat dengan mengamalkan dasar ‘no wrong door policy’,” katanya.

Kon Yeow berkata, sebelum ini ketika beliau menjadi ADUN pembangkang ketika 1990-an, dasar sama turut digunakan oleh kerajaan ketika itu.

“Saya pernah menjadi ADUN pembangkang ketika 1990-an, malah, saya satu-satunya ADUN pembangkang yang bertahan pada ketika itu.

“Kerajaan negeri (ketika itu) pun ‘zalim’ juga, satu sen pun saya tidak dapat ketika itu. Selepas kita ambil alih kerajaan, kita buka peluang dengan menyalurkan peruntukan kepada ADUN pembangkang juga,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya