DUN: 669 sekolah jadi pusat pemindahan sementara

DUN: 669 sekolah jadi pusat pemindahan sementara

AZNAN Tamin ditemui selepas menghadiri sidang DUN Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Sebanyak 669 sekolah di negeri ini diwartakan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) bagi persediaan menghadapi bencana banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, daripada jumlah itu, 143 buah merupakan sekolah menengah.

Katanya, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) telah melakukan penyelarasan dan persediaan rapi, khususnya melibatkan pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas akibat bencana alam itu.

“JPN mencadangkan sekolah rendah yang dijadikan PPS dibuka dahulu jika berlaku banjir berbanding sekolah menengah terutamanya pusat peperiksaan SPM.

“Kita tidak mahu ganggu sekolah menengah terutamanya pusat peperiksaan SPM yang akan bermula 2 Disember ini, namun sekiranya bencana berlaku tidak dijangka dan terpaksa dibuka sebagai PPS, sudah ada produser operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya ditemui selepas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini, hari ini.

Monsun Timur Laut (MTL)  atau musim tengkujuh yang dilaporkan bermula  5 November lalu dijangka berterusan hingga Mac tahun depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya