Dulu peminat, kini jadi suami Ina Naim

Dulu peminat, kini jadi suami Ina Naim

INA NAIM bersama suami, Mohd. Khairul Rizal sah bergelar suami isteri selepas majlis akad nikah di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seorang jurutera menawan hati penyanyi Ina Naim selepas sah menjadi isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis ijab kabul di Felcra Sungai Ara di sini, semalam.

Nordiana Mohd. Naim, 40, dinikahkan Naib Kadi Daerah Kora Tinggi, Mohamad Ramadhan Mahroji yang mewakil wali bapa Ina, Mohd. Naim Samijan dengan Mohd. Khairul Rizal Shukor, 41, tepat pada pukul 9.50 pagi semalam.

Ina menerima mas kahwin RM100, kelengkapan solat, seutas gelang tangan dan sebentuk cincin, selain wang hantaran sebanyak RM7,000. Sebanyak lima dulang hantaran diberikan pihak pengantin lelaki dan dibalas tujuh dulang dari pihak Ina.

Majlis pernikahan yang diadakan sederhana itu dihadiri lebih 100 ahli keluarga, saudara-mara, kenalan dan orang kampung.

Dalam pada itu, Ina berkata, dia mengambil masa lebih sebulan untuk meyakinkan anak-anaknya untuk bernikah semula.

“Mulanya (anak-anak) agak tidak boleh terima sebab terlalu awal dan mereka tidak boleh ada ganti bapa, namun saya jelaskan, mereka perlu belajar, mereka perlu ada ketua.

“Dalam sebulan dua juga yakinkan anak, alhamdulillah,” katanya selepas selesai majlis akad nikah.

Menurutnya, suaminya itu merupakan peminatnya dan juga arwah suami sebelum ini.

“Detik pertemuan, dia (suami) peminat saya dan arwah. Permulaan memang lama dapat terima sebab saya rasa terlalu awal tapi Allah sudah takdirkan. Saya solat istikharah dan dapati dia mungkin dari pilihan hati saya, itu saya terima seadanya.

“Buat masa ini tidak ada rancangan bulan madu. Saya baru keluar produk baru sambal petai, sambal paru dan daging salai jadi saya hendak fokus dulu untuk bisnes dan dia (suami) saya minta dia ajar anak-saya saya te­ruskan apa yg arwah ayah buat,” katanya lagi.

Sementara itu, Mohd. Khairul berkata, dia mula berhubung me­lalui mesej pada Mei lalu untuk urusan profiling anak-anak Ina.

“Saya sangat tertarik arwah abang Suhaimi dan Ina macam mana mereka homeschooling jadi saya buat profiling untuk anak-anak dan saya buat beberapa proposal untuk mereka maksudnya macam mana anak-anak dapat meneruskan pembelajaran dan Ina sangat berminat,” katanya yang bersyukur selepas bergelar suami Ina.

Ina bergelar ibu tunggal selepas suaminya, bekas penyanyi kumpulan nasyid In-Team, Allahyarham Suhaimi Saad, 43, meninggal dunia pada 15 November 2023.

Hasil perkahwinn dengan Suhaimi, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya