Dua pengawal keselamatan ditahan berkaitan kes kehilangan beg RM1 juta

Dua pengawal keselamatan ditahan berkaitan kes kehilangan beg RM1 juta

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan dua individu bagi membantu siasatan kes kehilangan beg berisi wang tunai RM1 juta di Ampang Point, Ampang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, kedua-dua individu membabitkan seorang lelaki berusia 52 tahun dan wanita berusia 38 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada 10 malam, semalam.

Katanya, ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua tangkapan adalah negatif dan pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Kedua-dua tangkapan yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu dibenarkan reman oleh Mahkamah Ampang selama empat hari bermula hari ini sehingga Ahad ini.

“Kita juga menerima satu laporan polis dari orang awam pagi tadi yang menemukan beg yang mengandungi wang tunai sebanyak RM1 juta yang didakwa ditemukan berhampiran Ampang Point,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan yang dijalankan ke atas beg terbabit disahkan milik syarikat keselamatan selain mengandungi wang tunai sebanyak RM1.071 juta.

Tambah beliau, siasatan berhubung kes itu masih lagi diteruskan.

Terdahulu, Timbalan Ketua Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi mengesahkan penemuan beg tersebut di Jalan Hulu Kelang menuju ke Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) arah ke ibu negara, tidak lama selepas kejadian.

Beliau dilapor berkata, beg berisi wang RM1 juta itu dipercayai terjatuh di atas jalan ketika van syarikat keselamatan itu melalui satu laluan berselekoh.

“Beg berisi wang RM1 juta itu terjatuh di tengah jalan sebelum ditemui seorang pemandu kereta yang melalui laluan berkenaan dan telah diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

Media hari ini melaporkan polis mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan beg berisi wang tunai RM1 juta di Ampang Point dekat sini.

Mohd. Azam Ismail dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan pada pada 3.55 petang berkaitan wang berkenaan dilaporkan hilang selepas proses kutipan oleh sebuah syarikat keselamatan dari sebuah bank di kawasan itu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya