Dua lelaki ditahan bersama penyanyi dialek Kelantan ada rekod jenayah lampau

Pil Kuda: Dua lelaki ditahan bersama penyanyi dialek Kelantan ada rekod jenayah lampau

MOHD. YUSOFF MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dua daripada lima lelaki yang ditahan bersama penyanyi wanita lagu-lagu dialek Kelantan di sebuah hotel di Golok, Thailand pada Jumaat lalu mempunyai rekod jenayah lampau berkait kesalahan dadah.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, ia berdasarkan maklumat hasil semakan dilakukan pihaknya sejurus selepas mendapat laporan penuh berkait penahanan enam individu tersebut.

Katanya, saringan air kencing turut mendapati kesemua suspek itu positif dadah jenis Methampitamine

“Memang dua lelaki daripada enam individu berkenaan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan memiliki dadah di Kelantan.

“Sehingga kini kita serahkan kepada polis Thailand untuk siasatan lanjut berhubung kes berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis suai kenal bersama pengamal media Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

Mengulas lanjut sama ada kesemua individu itu terbabit dengan pengedaran dadah, Mohd. Yusoff memberitahu, setakat ini pihaknya belum dapat membuat pengesahan.

“Secara logik takkan 6,000 biji pil kuda untuk milikan atau makan sendiri?

“Namun saya tidak dapat sahkan sama ada mereka terbabit dengan pengedaran atau sebaliknya,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, penyanyi wanita Kelantan yang popular dengan lagu-lagu daerah Kelantan yang ditangkap bersama 6,000 biji pil kuda di sebuah hotel di Golok, Thailand.

Kesemua individu termasuk penyanyi berusia 20-an itu  ditahan dalam serbuan pada pukul 5 pagi waktu tempatan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya