Dua lelaki diburu pecah, curi duit tabung madrasah

Dua lelaki diburu pecah, curi duit tabung madrasah

VIDEO tular yang merakamkan salah seorang lelaki cuba memecahkan tabung di sebuah madrasah di Kampung Baru Ampang, Ahad lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua lelaki diburu selepas disyaki terlibat dalam kes pecah dan curi duit tabung di sebuah madrasah di Kampung Baru Ampang dekat sini, pada Ahad lalu

Kejadian itu disedari oleh salah seorang ahli jawatankuasa Madrasah berkenaan berusia 72 tahun setelah melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada pukul 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohd. Azam Ismail berkata, rakaman itu memaparkan dua lelaki yang memakai pelitup muka telah masuk ke dalam madrasah dan mengumpil tabung serta mengambil wang.

“Berdasarkan rakaman CCTV, pengadu mengesyaki suspek telah masuk ke dalam madrasah dengan memanjat tembok dinding dan kejadian berlaku pada pukul 2 pagi,” katanya di sini.

Menurutnya, hasil siasatan lanjut juga mendapati, beberapa video dan gambar berkaitan kejadian itu telah tular di media sosial.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya