Dua cedera parah dalam nahas tujuh kenderaan

Dua cedera parah dalam nahas tujuh kenderaan

KEADAAN kemalangan berlaku Kilometer 274.9 Lebuhraya Utara-Selatan (Arah Utara) antara laluan Bandar Ainsdale ke Nilai, Seremban pagi tadi.-GAMBAR/MEDIA SOSIAL PLUSTRAFIK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Dua individu parah manakala tiga yang lain cedera ringan selepas masing-masing terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah lori dan lima buah kereta di Kilometer 274.9 Lebuhraya Utara-Selatan (Arah Utara) antara laluan Bandar Ainsdale ke Nilai di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, nahas berlaku lebih kurang pukul 6.50 pagi dan siasatan awal mendapati semasa kejadian, sebuah buah lori jenis Daihatsu dipandu lelaki berumur 74 tahun bersama kelindan berumur 60 tahun dari Tampin menghala ke Kajang, Selangor.

Apabila sampai di lokasi kejadian, pemandu lori hilang kawalan lalu kenderaannya terbabas ke kanan jalan, menyebabkan lima buah kereta dan sebuah lori cuba mengelak lalu berlanggar sesama sendiri.

“Akibat kemalangan itu, pemandu dan penumpang sebuah kereta jenis Perodua Ativa mengalami cedera parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).

“Tiga orang penumpang kenderaan jenis Perodua Myvi serta kelindan lori jenis Daihatsu pula mengalami cedera ringan dan sedang menerima rawatan di hospital yang sama. Kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sementara itu, pihak Plus Malaysia Bhd. menerusi akaun media sosial X mereka @Plustrafik memaklumkan, nahas tersebut menyebabkan kesesakan teruk sejauh 10 kilometer apabila lorong kanan dan tengah terhalang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya