Dua beranak tidak mengaku salah tipu pelaburan durian

Dua beranak tidak mengaku salah tipu pelaburan durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menipu seorang lelaki dalam urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura, tahun lalu. 

Mengikut pertuduhan, pekerja ladang durian, Elly Co, 47, dan anak lelakinya, Tee Lian Yong, 26, yang bekerja di ladang sama didakwa menipu Tan Yu Lee, 41, dengan memperdayakan mangsa dalam urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura yang tidak wujud.

Perbuatan itu menyebabkan mangsa membuat pindahan wang berjumlah RM55,000 sebanyak dua kali ke akaun bank milik Lian Yong di Terminal Bas Bersepadu, Bandar Tasik Selatan di sini pada 20 Jun 2023.

Kedua-dua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun atau maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.  

Timbalan Pendakwa Raya, Amritpreet Kaur Randhawa mencadangkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Bagaimanapun, peguam bela, Jason Cheong Kah Lok dan Azrie Hanafie Rosli yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guam mereka hanya bekerja sebagai pekerja ladang durian.

“Saya memohon mahkamah memberikan jaminan yang rendah kerana anak guam saya hanya bekerja sebagai pekerja di ladang durian. Jumlah pendapatan yang diperoleh hanya berdasarkan musim durian,” katanya. 

Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan membenarkan jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan 6 Januari depan untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya