Dua beranak maut motosikal langgar kereta 

Dua beranak maut motosikal langgar kereta 

KEADAAN motosikal ditunggangi Saiful Azrin Awang dan anaknya, Muhammad Daim Irfanshah Saiful Azrin yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Gaung-Kuala Ping-Teris di Kampung Tengkawang, Hulu Terengganu, hari ini. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Dua beranak maut setelah motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 15, Jalan Gaung-Kuala Ping-Teris di Kampung Tengkawang dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi itu, Muhammad Daim Irfanshah Saiful Azrin, 6, dari Kampung Alur Lik, Setiu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

Bapanya, Saiful Azrin Awang, 42, yang mengalami pendarahan paru-paru dan patah tulang tengkorak meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Hulu Terengganu pada pukul 12 tengah hari.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika Muhammad Daim Irfanshah membonceng motosikal ditungganginya bapanya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar salah seorang anaknya ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang, di sini.

“Kemalangan melibatkan motosikal jenis Yamaha Ego Avantiz dinaiki dua beranak dengan sebuah Proton Saga dipandu seorang doktor gigi lelaki berusia 29 tahun.

“Kejadian dipercayai berlaku semasa kereta hendak membelok masuk ke simpang kanan Klinik Kesihatan (KK) Tengkawang. 

“Secara tiba-tiba motosikal dinaiki dua beranak yang datang dari arah bertentangan  melanggar bahagian tepi pintu sebelah kiri kereta terlibat,” katanya.

Kes disiasat mengikut  Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya