Dua beranak maut ditikam

Dua beranak maut ditikam

DUA beranak maut ditikam dalam satu kejadian di tingkat bawah pekarangan sebuah pangsapuri di Ayer Itam, George Town, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Seorang wanita dan bapanya maut dipercayai selepas ditikam dengan senjata tajam oleh seorang lelaki dalam kejadian di tingkat bawah pekarangan sebuah pangsapuri di Ayer Itam di sini, petang tadi.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, suspek telah bertengkar dengan wanita terbabit sebelum bertindak agresif menikam wanita tersebut dan bapanya.

Kedua-dua mangsa dikatakan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Difahamkan juga, satu kenyataan akan dikeluarkan oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berhubung kejadian itu dalam masa yang terdekat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya