Dua aplikasi mudah alih diterbit dari puncak Gunung Kinabalu

Dua aplikasi mudah alih diterbit dari puncak Gunung Kinabalu

Kartina Abdul Ghani berjaya menerbitkan dua aplikasi mudah alih dari ketinggian 4,095 meter di Gunung Kinabalu, Sabah pada pendakian kelimanya kelmarin. - Gambar Sekretariat Ekpedisi AMB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANAU: Dua aplikasi mudah alih iaitu Ensiklopedia Hidupan Liar Sabah dan Kalendar Perayaan dan Festival Sabah berjaya diterbitkan dari atas puncak gunung tertinggi di Malaysia berketinggian 4,095 meter, Gunung Kinabalu, baru-baru ini.

Tenaga pengajar Akademi Apps Master Builder (Akademi AMB), Kartina Abdul Ghani berkata, tepat pada jam 6.27 pagi, aplikasi yang dihasilkan itu berjaya diterbitkan terus ke Google Play Store dan Apple App Store.

Menurutnya, ini telah mencerminkan semangat juang dan kebolehan teknologinya dalam bidang pembangunan aplikasi.

“Dalam ekspedisi yang cukup mencabar ini, saya merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu sebanyak sembilan kali dan menyasarkan penerbitan sebanyak sembilan aplikasi dalam ekspedisi ini.

“Selepas itu, saya akan meneruskan misi antarabangsa ke Poland dan kemudian ke Kem Pangkalan Everest (ABC) pada 2026, dengan harapan besar untuk mendaki puncak tertinggi dunia itu, “ ujarnya.

Mengulas lanjut, Kartina berkata, beliau membuka peluang eksklusif kepada wartawan yang ingin mengikutinya dalam baki empat lagi pendakian terakhir di Gunung Kinabalu.

Jelasnya, peserta haruslah sihat tubuh badan dan cukup stamina untuk mengikuti ekspedisi lasak tersebut

“Ini adalah peluang unik bagi rakan media untuk menyaksikan secara langsung keupayaan saya dalam menghasilkan aplikasi mudah alih dari salah satu puncak tertinggi Asia Tenggara sambil mendaki gunung.

“Sesi wawancara khas secara dalam talian turut akan diadakan dan membolehkan wartawan bertanya mengenai inspirasi dan cabaran saya dalam melaksanakan misi luar biasa ini, yang menggabungkan kecekalan fizikal dan inovasi teknologi.

“Ekspedisi ini bukan sahaja membuktikan keupayaan seorang ibu tunggal tetapi juga memberi inspirasi kepada semua wanita Malaysia dalam bidang teknologi,” ujarnya – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya