Don Dukun filem komedi seram nombor satu 2024, kutip 4 juta selepas 10 hari tayangan - Utusan Malaysia

Don Dukun filem komedi seram nombor satu 2024, kutip 4 juta selepas 10 hari tayangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Filem komedi seram, Don Dukun merekodkan pencapaian membanggakan dengan jumlah kutipan mencecah RM4 juta selepas 10 hari filem ini ditayangkan.

Pencapaian tersebut sekali gus menjadikan filem arahan sutradara Waan Hafiz itu sebagai filem komedi seram tempatan nombor satu dengan jumlah kutipan tertinggi bagi tahun ini.

Penerbit Eksekutif Don Dukun merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad dalam kenyataan meluahkan rasa gembira atas prestasi filem tersebut setakat ini.

“Alhamdulillah, kami sangat bersyukur atas sambutan positif ini.

“Terima kasih kepada setiap penonton yang memilih untuk ‘healing’ bersama Don Dukun di pawagam.

“Kejayaan ini adalah hasil sokongan padu anda semua, yang terus mengangkat filem tempatan ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Selain aktor, Zul Ariffin, Don Dukun turut dibintangi barisan pelakon popular seperti Datuk Yusof Haslam, Ropie, Douglas Lim, Sangeeta, Marsha Milan dan ramai lagi.

Filem yang mendapat kerjasama Infinitus Production dan GSC ini mula ditayangkan pada 31 Oktober lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya