Doktor didakwa rakam video punggung wanita

Doktor didakwa rakam video punggung wanita

AMIRUL Haqim Ayub mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merakam video punggung wanita menggunakan telefon bimbit ketika didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Seorang doktor perubatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan merakam video punggung wanita pada Julai lalu.

Tertuduh, Amirul Haqim Ayub, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Naidatul Athirah Azman.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja mengaibkan kesantunan seorang pekerja kedai penjagaan kecantikan dan kesihatan berusia 27 tahun dengan cara merakam video punggung dan bahagian badan mangsa menggunakan telefon bimbit.

Perbuatan tersebut dilakukannya di sebuah kedai tempat mangsa bekerja di dalam sebuah pasar raya di Jalan Changkat Jong, dekat sini, jam 6.30 petang pada 12 Julai lalu.

Jika didapati bersalah boleh dihukum mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukan penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Nurul Farahdiana Md Saad menawarkan jaminan sebanyak RM8,000 kepada tertuduh.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), S Kumaresan yang mewakili tertuduh memohon mahkamah membenarkan jaminan minimum atas alasan anak guamnya perlu menanggung seorang isteri.

Majistret Naidatul Athirah kemudian telah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin.

Dalam pada itu, mahkamah turut menetapkan sebutan semula kes pada 30 Disember depan untuk lantikan peguam dan urusan serahan dokumen.

Berdasarkan laporan polis, kejadian itu berlaku semasa mangsa sedang menyusun barangan di kedai tempatnya bekerja.

Pemeriksaan televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati tertuduh mendekati dan merakam video punggung mangsa. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN