Dituntut amalkan sunah

Dituntut amalkan sunah

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dituntut amalkan sunah

Soalan
Salam ustaz, benarkah kita digalakkan mengikut sunnah Nabi? Atau sunnah tertentu sahaja yang boleh kita amalkan?

Malim
Tanjung Malim

Jawapan
Kita memang dituntut mengamalkan sunnah dan dibenarkan melakukan sekadar termampu. cuma banyakanlah beramal dengan sunnah agar mendapat barakat dalam kehidupan.

 

Hukum makan serangga goreng

Soalan
Apa hukumnya makan serangga dalam Islam sebab saya melihat ada yang makan cengkerik goreng.

Najib
Merlimau

JAWAPAN
Memakan serangga adalah sebahagian yang terlarang kerana ia ada tidak bermanfaat dan kotor.Sebaliknya makanlah makanan yang bermanfaat lagi halal dan bersih.

Jatuh talak atau tidak?

Soalan
Adakah jatuh talak suami yang bertaklik dengan memberi amaran kepada isterinya supaya tidak keluar rumah tanpa izin atau jika tidak masak makan tengah hari sebagai contoh?

Imah
Ingin tahu

JAWAPAN
Dalam isu ini perlu dillihat kepada sighah atau bahasa yang digunakan kepada melakukan taklik adakah digunakan bahasa jelas sorih atau kinayah. Sekiranya disebutkan talak secara jelas, jika isterinya keluar dari rumah maka mengikut mazhab Syafie keadaan sedemikian talak berlaku. Sekiranya digunakan bahasa kiasan maka bergantung kepada niatnya. Apa pun yang terbaik perlu rujuk kepada pakar dalam isu talak agar lebih jelas keadaan yang berlaku.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya