Tidak. Bukan tentang penyakit yang Cik Bunga mahu ceritakan di sini. Tetapi bagaimana tergamak dan jijiknya tabiat luar tabii yang rupa-rupanya tidak pernah ditinggalkan jauh oleh vokalis sebuah kumpulan terkemuka tanah air ini.
Gila Cik Bunga tak terkejut apabila berita ini sampai ke telinga? Cik Bunga siap urut dada bila ada yang beritahu artis lelaki ini mempunyai keinginan luar biasa apabila menyentuh mengenai hubungan kelamin.
Cik Bunga dapat tahu, sebelum ini meskipun sudah berkahwin, dia memang suka mengajak isterinya menonton perlakuannya berhubungan kelamin dengan wanita lain sebelum kemudiannya melakukan hubungan tiga serangkai bersama.
Jelik sungguh perangai. Tak akanlah isterinya tidak kisah. Ya, tidak kisah. Ada kemungkinan dia pun sememangnya seorang yang mengamalkan hubungan terbuka meskipun berstatus isteri ataupun sebenarnya wanita itu takut ditinggalkan, lalu terpaksa akur sahaja dengan kehendak liar si suami.
Tetapi kalau begitu, bagi Cik Bunga memang kedua-dua sekufu sangatlah. Dua-dua tak berakhlak dan bertopengkan wajah baik di khalayak ramai. Kalau Cik Bunga sebut nama, memang orang tak akan percaya vokalis itu berperangai keji.
Tak padan dengan wataknya yang kononnya seorang yang tak tinggal solat, selalu ajak peminat jangan lupa solat. Di sebalik watak itu, rupanya ada sisi lain yang disembunyikan.
Macam manalah Tuhan itu tak murka hingga hidupnya pun jadi tak okey. Ini pun, Cik Bunga yakin, kalau ada yang dapat meneka pun, pasti masih tak percaya. Ini terutama golongan pentaksub dirinya.
Sudah-sudahlah. Bawa bertaubat segera. Sampai umur berapa nak lakukan tabiat terkutuk macam itu? Betul punya penunggang agama, jalan haram juga yang dia pilih.
Ini kategori swingget jugalah bukan? Entah. Pembaca nilailah sendiri. Geli Cik Bunga terbayangkan wajah dia.