Dewan Rakyat kecoh isu istilah ‘banduan terhormat’ 

Dewan Rakyat kecoh isu istilah ‘banduan terhormat’ 

TAN Sri Johari Abdul memutuskan menteri untuk tidak menjawab sebarang soalan. -JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Istilah ‘banduan terhormat’ mencetuskan perdebatan hangat antara pemimpin pembangkang dan kerajaan di Dewan Rakyat, hari ini.

R.S.N. Rayer (PH-Jelutong) mempersoalkan istilah banduan terhormat yang dipertikai di dalam Dewan Rakyat.

“Saya sebagai penyokong tegar, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan mempertahankannya.

“Saya mohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjelaskan istilah yang digunakan olehnya,” katanya di dalam Dewan Rakyat, hari ini.

Pertikaman lidah dan perdebatan turut  disertai oleh beberapa pemimpin pembangkang lain.

Antara pembangkang yang turut serta dalam pertikaman lidah ialah Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) dan Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim (PN-Arau).

Shahidan mendakwa Rayer adalah orang yang merosakkan nama Dewan Rakyat dengan sengaja membangkitkan isu ini. 

Selepas kekecohan itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memutuskan menteri untuk tidak menjawab sebarang soalan. 

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau tidak peduli dengan semua makian yang dilontarkan kepadanya.

“Saya tidak peduli dengan semua maki hamun. Saya ada kerja. Saya sudah dimaki hamun puluh tahun dan dibelah sana yang kuat mempertahankan saya, terima kasih,” katanya.

Sejurus  itu, Anwar terus beredar keluar dari Dewan Rakyat untuk pulang ke Putrajaya bagi menyambut kehadiran Sekretariat dari Vietnam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya