Dari hobi, tanaman betik kini jadi sumber pendapatan

Dari hobi, tanaman betik kini jadi sumber pendapatan

MOHAMED Omar menunjukan hasil buah betik dari kebun yang diusahakan di Kampung Banggol Jenerih, Pasir Puteh, Kelantan. – UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Seorang warga emas tidak menyangka hobi menanam betik di Kampung Banggol Jenerih di sini, membolehkannya meraih pendapatan lebih RM20,000 sebulan.

Mohamed Omar, 66, berkata, peringkat awal dia mena­nam 30 batang pokok betik jenis Callina bagi mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah yang boleh memastikan badannya kekal sihat.

“Semuanya bermula de­ngan hobi pada lima tahun lalu. Kini saya tidak menang tangan melayan permintaan pelanggan yang memerlukan buah betik dalam kapasiti yang banyak.

“Saya hanya menjual betik di gerai tepi jalan laluan ke Selising ke Tok Bok, Machang yang merupakan jalan utama untuk ke kawasan hutan lipur Jeram Mengaji,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, semalam.

Mohamed berkata, dia turut mengusahakan betik jenis Merah Delima.

Katanya, sehingga kini dia mempunyai 4,000 batang pokok betik jenis Callina dan Merah Delima yang diusahakan di kawasan seluas hampir tiga hektar dengan tuaian sebanyak 400 kilogram sehari.

“Buat masa ini saya dibantu anak dan tiga pekerja untuk menanam serta mengutip hasil.

“Impian saya selepas ini mahu pasarkan ke negeri lain, bagaimanapun perlu me­ningkatkan lagi pengeluaran buah,” ujarnya.

Menurut beliau, dia menjual betik itu sekitar RM5 sekilogram dan lebih murah berbanding jualan runcit betik dari varieti yang sama di pasar raya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya