DAP Pulau Pinang gesa Ketua Pemuda UMNO minta maaf kepada Anthony

DAP Pulau Pinang gesa Ketua Pemuda UMNO minta maaf kepada Anthony

PHEE Boon Chee
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : DAP Pulau Pinang hari ini menggesa Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh segera memohon maaf kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook atas kenyataannya yang disifatkan tidak masuk akal dan tidak bertanggungjawab.

Setiausaha Organisasi DAP Pulau Pinang, Phee Boon Chee berkata, Anthony telah menunjukkan prestasi yang cemerlang, sama ada berkaitan dengan kerjasama dengan parti komponen Kerajaan Perpaduan, mahupun pelaksanaan tugas rasmi di dalam Kabinet kerajaan sejak beliau memegang jawatan.

“Beliau (Anthony) juga gigih menyokong dan membantu usaha Perdana Menteri untuk menarik pelaburan asing ke Malaysia.

“Sebaliknya, Akmal sering menunjukkan sikap tidak matang. Daripada mengancam pemborong beras, isu stoking, hinggalah insiden pelancong China yang mengibarkan bendera negara mereka, tindak balas Akmal sering bersifat kasar dan tidak profesional,” katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, Akmal mendakwa Anthony sebagai seorang yang ‘sombong’. Akmal juga mengingatkan Anthony bahawa jawatan tinggi yang disandang beliau bukan bermakna boleh bertindak tanpa menghiraukan pendapat orang lain.

Menurut Boon Chee, Akmal memilih untuk berdiam diri terhadap kenyataan provokatif oleh musuh politik Perikatan Nasional (PN).

“Sikap ini jelas menunjukkan bahawa kewujudan Akmal dalam Kerajaan Perpaduan bukan sahaja tidak membantu, malah membawa kerugian.

“Sikap buat tak tahu Akmal terhadap parti lawan telah menimbulkan syak wasangka bahawa beliau mungkin bersubahat dengan pihak lawan,” katanya yang menasihati Akmal agar insaf dan mengubah sikap yang melulu selain mencontohi pemimpin DAP.

Boon Chee berkata, Akmal harus memainkan peranan sebagai sebahagian daripada parti komponen Kerajaan Perpaduan yang bekerja tanpa mengira kaum untuk kesejahteraan rakyat.

“Sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri Melaka, Akmal juga harus menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan dasar yang menguntungkan semua lapisan rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya