Dana banjir RM1,000 mula diagih

Dana banjir RM1,000 mula diagih

AHMAD Zahid Hamidi beramah mesra dengan mangsa banjir ketika melawat PPS SK Nibong di Hulu Terengganu, hari ini. - UTUSAN/ZAID MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Kerajaan menyalurkan dana berjumlah RM1,000 kepada semua ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat bencana banjir secara berperingkat di seluruh negara bermula semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dana tersebut akan diagih segera bagi meringankan beban keluarga mangsa yang terkesan dengan bencana banjir.

Menurutnya, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) mempunyai senarai mangsa-mangsa banjir yang telah dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara.

“Saya mengambil pendekatan semua mangsa disantuni keseluruhannya, kita telah mengagihkan bantuan RM1,000 untuk setiap ketua isi rumah (KIR) mulai semalam.

“Saya harap pengagihan bantuan-bantuan banjir terutama dana tunai ini akan dapat diatur gerak dengan sepenuhnya.

“Kita tidak mahu ada dalam kalangan KIR yang berpindah ke PPS dan mengikut syarat-syarat ditentukan oleh nadma yang tidak mendapat bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau turut melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Nibong di sini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, jumlah keseluruhan dana yang bakal disalurkan itu bergantung pada bilangan keluarga dipindahkan.

“Bagi seluruh negara, kita telah peruntukan jumlah yang secukupnya. Kalau sekiranya, jumlah keluarga melebihi, maka Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) selaku Menteri kewangan akan tambah peruntukan berkenaan.

“Kita juga meminta kerajaan negeri untuk mengusahakan bantuan bagi mengadakan dana kecemasan itu.

“Tentunya, kerjasama antara Kerajaan Pusat dan negeri harus dipertingkatkan, kita mesti cari jalan bagi meringankan beban keluarga-keluarga yang dipindahkan mengalami kerosakan rumah dan peralatan,” ujarnya.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya