Dakwaan Pemuda UMNO Bukit Gantang 'lumpuh' tidak benar - Utusan Malaysia

Dakwaan Pemuda UMNO Bukit Gantang ‘lumpuh’ tidak benar

SAARANI Mohamad (kanan) meletakkan pelekat 'Batu Kurau' sempena Peluncuran Peta Eko Warisan Batu Kurau di Changkat Jering semalam. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT GANTANG: Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menafikan laporan sebuah portal  berita Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang ‘lumpuh’ selepas beberapa ahli jawatankuasanya meletak jawatan.

Menurut Saarani, apa yang berlaku ialah Pemuda Bahagian itu tidak boleh mengadakan mesyuarat disebabkan ahli jawatankuasanya meletak jawatan.

Beliau berkata, ini selaras dengan Perlembagaan parti iaitu Pemuda, Puteri, Wanita atau Bahagian jika seluruh AJK meletakkan jawatan atau bilangan yang meletakan jawatan melebihi daripada dua pertiga, maka mesyuarat jawatankuasa bahagian tidak boleh diadakan.

“Itu yang berlaku di Bukit Gantang dan ia tidak lumpuh.

“Turut difahamkan UMNO Bukit Gantang sudah membuat laporan kepada Setiausaha Agung parti dan kita tunggu Setiausaha Agung keluarkan surat arahan untuk mengadakan mesyuarat perwakilan Pemuda Bukit Gantang bagi tujuan pemilihan semula.

“Jadi, tidak ada apa-apa masalah tentang perkara itu dan ia dikendalikan oleh UMNO Bahagian Bukit Gantang sendiri. Pemuda UMNO UMNO Bukit Gantang perlu membuat mesyuarat perwakilan semula untuk memilih jawatankuasa yang baharu,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak di Changkat Jering di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Pemudanya, Mohamad Adri Adha Mohamad berkata, dakwaan sebuah portal berita yang melaporkan Pemuda UMNO Bukit Gantang lumpuh kerana krisis kepimpinan merupakan berita yang tidak benar.

Menurutnya, dakwaan itu hanya spekulasi oleh pihak tertentu tanpa merujuk kepada beliau untuk pengesahan.

Katanya, jumlah keseluruhan AJK Pemuda UMBO Bahagian Bukit Gantang adalah seramai 33 orang.

“Perkara ini bermula bermula pada 13 Oktober lalu ketika saya memanggil mesyuarat jawatankuasa bagi mewakilkan tugas dan tanggungjawab kepada Naib Ketua Pemuda dan semua AJK, sebelum saya dan isteri menunaikan umrah.

“Dua AJK biasa meminta saya membuat pilihan sama ada mahu menguruskan perniagaan keluarga atau berpolitik sepenuh masa sebagai Ketua Pemuda di Bukit Gantang.

“Saya meminta sesiapa yang tidak lagi menyokong dasar-dasar saya supaya meletak jawatan dan ini merupakan amalan biasa dalam mana-mana parti politik.

“Enam AJK biasa termasuk dua AJK yang tidak berpuas hati dengan saya sudah meletak jawatan,” katanya.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan Pemuda UMNO Bukit Gantang lumpuh setelah hampir semua ahli jawatankuasa meletak jawatan kerana dipercayai tidak berpuashati dengan prestasi ketuanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya