PETALING JAYA: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin disahkan meninggal dunia pagi ini pada usia 86 tahun.
Pemergian ahli politik veteran dan ahli perniagaan itu disahkan oleh peguamnya, Datuk Gurdial Singh Nijar ketika dihubungi Utusan Malaysia sebentar tadi.
“Ya, beliau (Daim) disahkan meninggal dunia pagi tadi, namun saya belum mendapat butiran lanjut,” katanya.
Beliau berkata, Daim sejak minggu lalu dimasukkan ke Hospital Assunta di Petaling Jaya akibat masalah kesihatan dialaminya.
Berita lanjut menyusul…