Daim tinggal dunia perniagaan, jadi menteri terima gaji rendah

Daim tinggal dunia perniagaan, jadi menteri terima gaji rendah

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggalkan dunia perniagaan untuk dilantik sebagai menteri yang menerima gaji lebih rendah berbanding kerjaya asal sebelum ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, untuk menjadi menteri, individu tersebut perlu berhenti melibatkan diri dalam perniagaan dan akhirnya tidak lagi memperoleh pendapatan.  

Namun katanya, ramai percaya Daim mendapat keuntungan sebagai menteri.

“Sebagai menteri, gajinya lebih rendah. Jadi, Daim sebagai Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991 pasti hilang banyak wang.  

“Namun, ramai percaya dia mendapat keuntungan sebagai menteri. Sebelum menjadi menteri, dia berusaha merealisasikan Dasar Ekonomi Baru (DEB).  

“Untuk bersaing dengan rakyat Malaysia yang kaya, anda tidak boleh bermula dengan menjual tom yam atau pisang goreng di tepi jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bekas Menteri Kewangan itu meninggal dunia pada minggu lalu pada usia 86 tahun.

Menurut Dr. Mahathir, Malaysia tidak akan stabil dan menjadi seperti yang ada hari ini tanpa usaha dilakukan Daim khususnya di dalam melaksanakan agenda DEB.

“Jika tidak ada langsung, pertumbuhan yang tidak seimbang akan menjadi lebih tidak seimbang. Malaysia tidak akan stabil. Tidak akan menjadi seperti yang ada hari ini,” katanya.

Walau bagaimanapun katanya, Daim tidak seperti kononnya dibayangkan sesetengah pihak sepanjang menjadi menteri.

“Tetapi fikirkan. Bagaimana jika Daim hanya menumpukan pada mengkayakan dirinya sendiri. Dia akan bernilai RM50 bilion hari ini. Tetapi tentunya, dia tetap akan diburu oleh orang yang sama, orang yang telah dibantunya,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN