‘Daddy tetap akan dukung Fatima walaupun awak sudah besar’ - Fattah Amin - Utusan Malaysia

‘Daddy tetap akan dukung Fatima walaupun awak sudah besar’ – Fattah Amin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kekal menjadi tumpuan, pelakon, Fattah Amin tampil berkongsi momen manis bersama anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, bekas suami kepada pelakon, Nur Fazura itu turut meluahkan rasa kasih sayangnya terhadap puteri kesayangannya yang tetap manja mahu didukung biarpun kini usianya sudah 4 tahun.

“Fatima, daddy tahu kamu suka daddy dukung. Daddy tidak kisah dukung Fatima selalu walaupun kamu sudah besar sebab kamulah anak perempuan kesayangan saya selamanya,” katanya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons daripada warganet yang rata-ratanya tersentuh melihat momen dua beranak itu.

Malah, ada pihak yang turut mendoakan agar si kecil itu menjalani kehidupannya dengan ceria di samping ibu bapa tersayang.

“Alhamdulillah, semoga yang terbaik sahaja buat Fattah dan Fatima. Buah hati pengarang jantung dan nyawa daddy buat selamanya,” komen peminatnya.

“Syukur walaupun Fattah tidak dapat teman Fatima setiap malam, moga Fattah didik Fatima jadi insan yang berilmu dan merendah diri,” komen seorang lagi peminatnya.

“Fatima bahagia dengan mummy dan daddy dia. Moga yang baik-baik sahaja buat Fatima,” komen peminatnya.

Hari ini, Mahkamah Rendah Shah Alam memutuskan Fazura telah mendapat hak penjagaan sepenuhnya ke atas Fatima selepas mencapai kata sepakat.

Manakala, Fattah mempunyai hak lawatan tiga kali seminggu dan bermalam dua kali sebulan.

Pada 7 Oktober lalu, pasangan selebriti itu disahkan bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan bersama sejak tahun 2017. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya