Cukai gula dapat kurangkan pengambilan minuman manis oleh remaja

Cukai gula dapat kurangkan pengambilan minuman manis oleh remaja

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cukai minuman bergula mampu mengurangkan pengambilan minuman manis bergula sehingga 16.4 peratus dalam kalangan remaja.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelaksanaan cukai tersebut menjadi salah satu daripada tiga inisiatif dalam Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan (BBM) Dalam Kalangan Kanak-Kanak Malaysia 2023-2030.

“Kerajaan melaksana dan memperluaskan duti eksais kepada minuman bergula tinggi dan berdasarkan status terkini, cukai minuman bergula di Malaysia (1 Julai 2019) meningkat sebanyak 40 sen seliter sekali gus meningkatkan harga di pasaran sebanyak 2.24 peratus.

“Ia mengakibatkan pengurangan pengambilan minuman manis bergula kepada 16.4 peratus dalam kalangan remaja,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan dalam Kalangan Kanak-kanak (JKK BBMKK) Bil. 2/2024.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, melalui pendekatan Inisiatif 1,000 Hari Pertama Kehidupan dalam kalangan Ibu Hamil sehingga Anak Berusia Dua Tahun, seramai 272 orang terbabit dalam dialog dan majlis peluncuran pada 6 Ogos lalu.

Jelasnya, mereka yang hadir adalah antara golongan profesional seperti pengamal perubatan rangkaian swasta bagi klinik, hospital, makmal, farmasi, komuniti, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Inisiatif kedua iaitu Melaksanakan Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS) di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menyediakan satu menu berkhasiat (kitaran 4 minggu) untuk murid sekolah.

“Program itu menggunakan konsep Pinggan Sihat Malaysia membabitkan sejumlah 277 (2.7 peratus sekolah) terbabit di seluruh negara bagi memastikan murid mendapat hidangan berkhasiat mengikut keperluan.

“Kesan pelaksanaan HiTS menunjukkan pengurangan berat badan dan perkembangan kognitif murid,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Desa dan Wilayah itu berkata, mesyuarat tersebut turut membincangkan kertas kerja seperti Kertas Pertimbangan Cakna Status Pertumbuhan Kanak-kanak: Komitmen Merentasi Agensi bagi memerangi masalah beban berganda malpemakanan.

“Selain itu, dua kertas makluman juga dibentangkan iaitu Keberkesanan Pelaksanaan Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) diteliti bagi memastikan keberkesanan program ini berada pada tahap yang terbaik.

“Malah, Promosi Program Pemakanan di Sekolah turut diberi penekanan dalam mesyuarat ini,” katanya.

Beliau berkata, Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan dalam Kalangan Kanak-Kanak Malaysia 2023-2030 perlu dilaksanakan secara bersepadu, efektif dan mencapai objektif untuk memerangi masalah BBM dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia.

“Masalah beban berganda malpemakanan yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia adalah masalah kesihatan awam yang perlu ditangani dengan segera kerana ia boleh memberikan implikasi negatif kepada perkembangan psikomotor, psikologi, ‘Intelligence Quotient’, ‘Emotional Quotient’ dan ‘Social Quotient’ kanak-kanak.

“Kanak-kanak yang mengalami berat badan berlebihan atau obesiti di peringkat awal usia juga adalah lebih berisiko untuk mendapat penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes dan tekanan darah tinggi apabila mereka dewasa kelak,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya