COPD penyebab utama kematian ketiga menjelang 2030

COPD penyebab utama kematian ketiga menjelang 2030

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni menunjukkan Kertas Putih yang diserahkan oleh FMSA pada Majlis Hari Penyakit Paru-Patu Obstruktif Kronik Sedunia (COPD). Turut kelihatan, Ketua Pakar Perunding Kanan Doktor Pernafasan, KKM Datuk Dr. Mat Zuki Mat Jaeb (empat dari kiri) dan Dr. Nor Hazlin (empat dari kanan) - GAMBAR HALINA MD NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kuala Lumpur: Persatuan Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA) menyerahkan Kertas Putih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi meningkatkan pengurusan Paru-Paru Obstruktif Kronik (COPD) di sini, hari ini.

Kertas berkenaan disampaikan Presiden Persatuan Pakar Perubatan Keluarga Malaysia Dr. Nor Hazlin Talib kepada Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni pada Majlis Pelancaran Hari COPD Sedunia.

Pengurusan dan tahap kesedaran penyakit COPD masih rendah di negara ini walaupun ia menjadi punca kematian ketujuh membabitkan lebih 2000 rakyat Malaysia pada tahun 2022.

Malah berdasarkan Kertas Putih yang dikeluarkan oleh Persatuan Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA), Pelan Strategik untuk Penyakit Tidak Berjangkit (2016-2025) kurang menangani COPD.

Kertas Putih itu menggariskan Integrasi penjagaan COPD adalah lemah dengan hanya 20 peratus pesakit dirujuk
kepada penjagaan pakar dan garis panduan amalan klinikal belum dikemas kini sejak 2009.

Lukanisman berkata, cadangan dikemukakan dalam Kertas Putih itu akan diteliti bagi memastikan ia selaras dengan usaha sedang dijalankan.

“Kertas Putih ini menjadi satu rujukan untuk disesuaikan dengan program sedia ada dan penambahbaikan yang diperlukan. Kita sentiasa bersikap terbuka dalam untuk kertas putih ini dapat dilaksanakan demi manfaat orang ramai, ” katanya kepada Utusan Malaysia.

COPD adalah penyakit paru-paru kronik yang menghalang aliran udara dari paru-paru yang membawa kepada kesukaran bernafas, batuk, pengeluaran lendir dan berdehit.

Penyakit ini menjejaskan berjuta-juta individu di seluruh dunia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan COPD menjadi penyebab utama kematian ketiga di seluruh dunia menjelang 2030, menekankan keperluan untuk menangani penyakit ini secara langsung.

Di Malaysia, COPD adalah kebimbangan kesihatan awam yang penting, dengan peningkatan prevalens dan kadar kematian melebihi purata global.

Pada 2022, penyakit kronik saluran pernafasan bawah merupakan punca utama kematian ketujuh di Malaysia, dengan COPD menyumbang kira-kira 2,270 kematian.

Faktor risiko utama untuk COPD termasuk pendedahan jangka panjang kepada asap rokok, pencemaran udara, habuk dan bahan kimia pekerjaan dan kecenderungan genetik.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya