Contohi Korea Selatan yang dahulukan produk tempatan -Alif Satar - Utusan Malaysia

Contohi Korea Selatan yang dahulukan produk tempatan -Alif Satar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Selebriti versatil, Alif Satar, mengajak masyarakat mencontohi rakyat Korea Selatan yang bangga produk keluaran negara mereka.

Kata Alif, mentaliti sedemikian, akan mewujudkan budaya saling menyokong antara satu sama lain khususnya berkaitan penajaan untuk acara melibatkan anak seni.

“Saya sangat menyokong usaha merancakkan produk tempatan dalam semua perkara. Begitu juga dengan tajaan yang membuat kita saling memerlukan antara satu sama lain atau dalam kata lain ‘situasi menang-menang’.

“Kita patut contohi Korea Selatan yang dahulukan semua jenis produk tempatan sampaikan kita pun mahu terikut membeli produk mereka. Ia perjuangan yang panjang. Saya tahu ada banyak yang berhadapan situasi sukar untuk mendapat tajaan,” katanya.

Alif berkata demikian ketika mengulas mengenai situasi beberapa artis tempatan yang sukar mendapat tajaan bagi menjayakan konsert.

Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu ke-37 ini juga berharap artis tempatan tidak berputus asa dan terus berjuang walaupun mereka terpaksa bermula dengan langkah kecil.

“Kalau mahu buat konsert, tidak perlu tunggu sampai 5,000 orang yang datang. Sasarkan seribu sahaja pun boleh tapi namakan ia ‘konsert’.

“Saya pun buat perkara sama ketika mengadakan siri jelajah di United Kingdom. Memang kedengaran gah, tapi kami hanya buat persembahan itu di kolej dan universiti. Kami pakejkan ia sebagai ‘showcase’,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Terdahulu, beberapa selebriti tampil berkongsi rasa terkilan menceritakan kesusahan untuk mendapatkan tajaan.

Perkara tersebut membuatkan beberapa selebriti ‘patah hati’ dan enggan meneruskan hasrat mengadakan konsert. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya