‘Cikgu Jawi’ kagum, hargai Utusan Pelajar sumber maklumat

‘Cikgu Jawi’ kagum, hargai Utusan Pelajar jadi sumber maklumat bermanfaat

LORENICA MASUNDIM bersama sebahagian anak muridnya daripada Sekolah Kebangsaan K. Bawang K9 Beluran Sabah menunjukkan akhbar Utusan Pelajar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU : Utusan Pelajar menyalurkan maklumat yang bermanfaat dan menyeluruh serta menarik untuk dibaca.

 

Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Bawang, Lorenica Frenika Masundim,34, berkata, terdapat cadangan penambahbaikan boleh dipertimbangkan dalam meningkatkan jumlah pembaca Utusan Pelajar.

“Saya melihat ada keperluan menyediakan satu ruang untuk menulis peribahasa dalam tulisan Rumi dan Jawi yang boleh terjemahkan dalam bahasa Cina, India, Kadazan, Dusun dan Iban.

“Ini akan membantu meningkatkan penguasaan pelajar dalam bahasa etnik yang lain selain bahasa Melayu,” katanya kepada Utusan Pelajar.

 

 

Di samping itu, Utusan Pelajar juga boleh menyediakan ruang Forum Cerdas Bernas untuk guru-guru menyumbang pandangan masing-masing mengenai institusi pendidikan di negara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN