PETALING JAYA: Syarikat Malaysia CBA Global Holdings (CBA Group) menjalin kerjasama dan menandantangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Tojoy Enterprise Services Group (TOJOY) bagi menggembangkan potensi dalam bidang kecerdasan buatan (AI) di negara ini.
Pengerusi CBA Group Malaysia dan Hong Kong, Datuk Mohd. Nazifuddin Najib berkata, kerjasama itu juga dapat membantu kedua-dua pihak meningkatkan potensi dan menerokai produk inovasi teknologi.
Katanya, ia secara tidak langsug dapat menjadikan Malaysia dan Asia Tenggara sebagai hub teknologi pada masa akan datang.
“Kami berminat untuk menggembangkan potensi dalam bidang kecerdasan buatan (AI), dron dan teknologi baharu bukan sahaja untuk pasaran Malaysia malah bagi rantau lain juga.
“Menerusi kerjasama ini kita akan melihat aspek teknologi yang sedia ada yang boleh diketengahkan dan sesuai untuk dibawa ke Malaysia dan Asia Tenggara,”katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Majlis MoU tersebut turut dihadiri Pengasas CBA Group Hong Kong, Winson Ching dan Pengerusi Lembaga merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TOJOY, Ge Jun. – UTUSAN