Cari formula terbaik untuk PRN17 Sabah - Hajiji 

Cari formula terbaik untuk PRN17 Sabah – Hajiji 

HAJIJI Noor (kanan) bersama Timbalan Presiden, Datuk Seri Masidi Manjun semasa Persidangan Tahunan Gagasan Rakyat di SICC Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memerlukan satu formula  terbaik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, sebagai sebuah kerajaan yang ada pada hari ini, mereka kena buat satu formula baik untuk negeri ini.

Beliau, yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) berkata, keputusan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) untuk bekerjasama pada PRN17 dilihat sebagai sesuatu yang positif.

“Sebagai kerajaan negeri yang dipelopori GRS-PH Plus, kita yang menentukan hala tuju kita di Sabah. Kita tidak mahu orang lain yang menentukan masa depan kita di sini.

“Namun, itu tidak bererti kita tidak bekerjasama dengan parti lain,” katanya selepas majlis perasmian Persidangan Tahunan Gagasan Rakyat, di SICC Kota Kinabalu hari ini.

Isnin lalu, pemimpin BN-PH Sabah mengadakan pertemuan tidak rasmi bagi memuktamadkan kerjasama untuk menghadapi PRN17.

Dalam satu kenyataan, kedua-dua parti itu turut menyatakan keterbukaan mereka untuk menjalin hubungan dengan parti-parti lain sebagai persediaan menghadapi PRN Sabah.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya