CAP beri amaran, bimbang perangkap hisap rokok, vape

CAP beri amaran perangkap budaya baharu hisap rokok, vape

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Di Malaysia, belia kini terperangkap dalam budaya baharu iaitu budaya vape dan rokok.

Purata umur belia negara ini yang menghisap vape kini semakin muda pada setiap tahun.

Tinjauan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati terdapat peningkatan yang membimbangkan dalam bilangan remaja Malaysia yang cuba menggunakan vape dalam tempoh lima tahun yang lalu.

Sebagai contoh pada 2020, sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang yang mempunyai 800 pelajar didapati 160 adalah penghisap vape.

Pada 2022, bilangan penghisap vape di sekolah itu meningkat kepada 250 pelajar.

Ini tidak termasuk penghisap rokok. Menurut guru-guru, jumlahnya semakin meningkat pada setiap bulan.

Malah, ramai pelajar sendiri mengakui mereka adalah perokok sebelum beralih kepada vape atau e-rokok.

Menteri Kesihatan Datuk Dr. Dzukefly Ahmad berkata, berdasarkan tinjauan kesihatan remaja membabitkan golongan muda berumur 13 hingga 15 tahun, terdapat peningkatan penggunaan alat merokok elektronik daripada 211,084 pada 2017 kepada 301,109 individu pada 2022.

Banyak sekolah kini menghadapi masalah wabak vape. CAP telah bertemu dengan lebih daripada 5000 pelajar.

Dengan menghisap vape akan membawa belia ke arah penggunaan nikotin dan ketagihan nikotin.

Ramai guru mengadu kepada CAP bahawa tandas sekolah kini dipenuhi dengan pelbagai bau nikotin berperisa buah-buahan.

Pelajar dari sekolah rendah dan menengah, dan belia jelas tertarik dengan teknologi elektronik dalam peranti vape dengan perisa buah-buahan ini.

Dalam tinjauan CAP, kami mendapati kadar penghisap vape berumur 13 hingga 20 tahun menggunakan e-rokok pakai buang semakin meningkat berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada penjual vape.

e-rokok datang dalam warna-warna terang dan terdapat rangkaian kira-kira 17,000 perisa termasuk coklat, nanas, pudina, epal, anggur, oren, koko dan tart lemon, yang menarik minat golongan muda.

Seorang pensyarah universiti awam yang berasa bimbang dengan keadaan ini mengesahkan bahawa pelajar universiti yang tidak mempunyai sejarah penggunaan tembakau sebelum ini turut semakin ketagih dengan vape.

Ini termasuk pelajar dari universiti swasta.

Temu bual kami dengan pelajar juga mendedahkan bahawa mereka ini menghisap vape hampir setiap hari.

Jika tanpa pengawasan ibu bapa, penggunaan vape akan lebih berganda.

Ramai remaja dan belia mengakui bahawa mereka tidak suka menyimpan wang lagi.

Mereka memerlukan wang untuk membeli cecair buah-buahan yang mengandungi nikotin.

Ramai belia kini membeli barangan mereka melalui dalam talian. Jualan dalam talian semakin meningkat daripada sehari ke sehari.

Ahli Parlimen perlu bertindak pantas dan meluluskan rang undang-undang GEG dengan larangan penjualan rokok dan e-rokok kepada kanak-kanak.

Kini sudah tiba masanya untuk menyelamatkan belia sebelum mereka menjadi penagih vape.

N V SUBBAROW

Di Malaysia terdapat tig jenis utama peranti e-rokok iaitu produk pakai buang, boleh guna semula, peranti boleh isi semula yang boleh diisi dengan e-cecair.

Kira-kira enam tahun dahulu hanya terdapat 500,000 penghisap vape di Malaysia tetapi kini jumlahnya sudah mencecah kira-kira dua juta penghisap vape di negara ini. –UTUSAN

N.V.Subbarow ialah Pegawai Pendidikan dan Activis Anti Merokok Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN