Calon SPM 2024 boleh mohon matrikulasi KPM mulai 1 Disember

Calon SPM 2024 boleh mohon matrikulasi KPM mulai 1 Disember

PELAJAR SPM 2024 boleh mohon program Matrikulasi KPM mulai 1 Disember ini. – GAMBAR HIASAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Permohonan Fasa 1 untuk mengikuti pengajian Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sesi 2025/2026 bagi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 dibuka bermula 1 Disember hingga 28 Februari 2025.

KPM dalam kenyataan memaklumkan, permohonan Fasa 2 dan pengemaskinian maklumat pelajar pula akan dibuka selama lima hari selepas keputusan SPM diumumkan.

Katanya, permohonan bagi mengikuti program ini adalah percuma dan pelajar boleh memohon melalui laman sesawang https://matrikulasi.moe.gov.my.

“Keputusan permohonan akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi KPM melalui laman sesawang dalam tempoh 21 hari bekerja selepas keputusan SPM 2024 diumumkan.

“Pelajar yang berjaya mendapat tawaran perlu memuat turun dan mencetak sendiri surat tawaran dan dokumen pendaftaran melalui laman sesawang semakan keputusan tawaran Program Matrikulasi KPM,” katanya di sini hari ini.

Seramai 402,956 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2024 di 3,337 buah pusat peperiksaan seluruh negara.

Peperiksaan SPM 2024 akan bermula pada Isnin ini hingga 6 Februari 2025 dan peperiksaan bertulis dijadual pada 21 Januari hingga 6 Februari.

Seramai 126,636 orang petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya