Cabutan bertuah: Pesara rugi RM17,284

Cabutan bertuah: Pesara rugi RM17,284

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pesara guru lelaki berputih mata selepas kerugian RM17,284 akibat terpedaya memenangi cabutan bertuah oleh individu tidak dikenali.

Satu laporan polis telah dibuat mangsa berusia 81 pada 7 November lalu yang mendakwa telah memenangi Perodua Bezza sehingga menyebabkan dia menyerahkan kad mesin pengeluaran wang (ATM) beserta kata laluan dan telefon bimbit.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pada mulanya dia telah ditawarkan cabutan bertuah secara bersemuka.

“Semasa mangsa berada di sebuah pasar raya di Bukit Rimau, Shah Alam dia telah didatangi suspek mengaku pegawai di pasar raya itu dan memaklumkan dia memenangi cabutan bertuah kereta Perodua Bezza.

“Bagi menebus hadiah itu mangsa perlu ikut suspek ke sebuah lagi pasar raya di USJ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebaik tiba, suspek meminta mangsa menyerahkan telefon bimbit, kad ATM beserta kata laluan untuk urusan penebusan hadiah sebelum mangsa diminta menunggu dalam kereta.

“Selepas 30 minit menunggu suspek tidak datang dan baru mangsa menyedari ditipu malah dia pergi ke bank membuat semakan serta mendapati wang lesap. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Wan Azlan berkata, polis sedang mengesan suspek, Soh Kee Hui, 45, bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat, Teh Zhen Xiang di talian 016-4517093,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya