PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 7.67 mata kepada 1,597.45 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,589.78 pada penutup Jumaat.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,593.87.
Jumlah dagangan sebanyak 3.01 bilion unit bernilai RM5.40 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 545 berbanding 501 dengan 479 kaunter tidak berubah dan 949 tidak diniagakan.
Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun naik 496.29 mata atau 1.30 peratus, kepada 38,780.14 ketika berita ini ditulis.
Begitu juga, Indeks Kospi Korea Selatan menaik sebanyak 33.10 mata atau 1.32 peratus kepada 2,534.34, namun Indeks STI Singapura turun 8.88 mata atau 0.24 peratus kepada 3,737.14.- UTUSAN