Buli UPNM: Polis rakam keterangan pelajar senior 

Buli UPNM: Polis rakam keterangan pelajar senior 

RUSDI MOHD. ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Polis telah  merakam percakapan seorang pelajar senior yang disyaki membuli dan mendera seorang pegawai kadet tahun dua Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 23 Oktober lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, setakat ini, pelajar senior yang juga pegawai kadet tahun empat telah dirakam keterangan pagi tadi.

“Keterangan saksi lain iaitu rakan sebilik kepada pelajar senior itu akan diambil petang ini.

“Setakat ini, kita hanya ambil keterangan pelajar itu dan tidak tahan pelajar senior itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan terhadap kes itu telah dimulakan  selepas satu laporan dilakukan mangsa berusia 20 tahun kira-kira pukul 8.23 malam tadi.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. 

Beliau berkata, berdasarkan laporan diterima, kejadian dikatakan berlaku pada 22 Oktober lalu pada pukul 11.45 malam di bilik asrama UPNM.

Pada hari kejadian, pelajar senior yang juga pegawai kadet tahun empat itu didakwa telah meminta mangsa untuk menggosok baju kerja miliknya.

Secara tiba-tiba, pelajar senior berusia 22 tahun itu mengambil saterika dipegang pengadu sebelum menekap di bahagian dada sebelah kanannya sebanyak satu kali.

Pengadu mendakwa terkejut lalu menjerit dan akibat tindakan itu dia  mengalami kecederaan melecur.

Rakaman percakapan pengadu telah diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Pengadu juga telah diminta untuk membuat rawatan di hospital bagi mengesahkan jenis kecederaannya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada PDRM untuk menyiasat kes buli membabitkan seorang pegawai kadet di UPNM.

Beliau menegaskan, budaya buli di universiti perlu dihentikan kerana ia menyebabkan penganiayaan kepada mangsa.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya