Budaya buli tidak boleh dibiarkan berlarutan berlaku - Agong

Budaya buli tidak boleh dibiarkan berlarutan berlaku – Agong

SULTAN Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Mohamed Khaled Nordin di Istana Negara, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah budaya buli tidak boleh dibiarkan berlarutan berlaku.

Sultan Ibrahim bertitah, perkara itu kerana bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan pelajar tetapi juga mencemarkan reputasi institusi pengajian tinggi di negara ini.

Titah Seri Paduka, di dalam pasukan tentera latihan keras adalah perkara biasa bertujuan membina kekentalan mental dan jiwa yang kuat, seperti pernah dilalui oleh baginda sewaktu menjalani latihan ketenteraan.

“Namun ini bukan bermakna ke tahap buli atau menyeksa seseorang itu sehingga mendatangkan kecederaan fizikal atau meragut nyawa. Ini tindakan tidak berperikemanusiaan.

“Saya mahu Kementerian Pertahanan mengambil serius perkara ini kerana kes buli sudah beberapa kali berlaku di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM),” titah Seri Paduka.

Terdahulu, Facebook Sultan Ibrahim memaklumkan Seri Paduka berkenan menerima mengadap Menteri Pertahanan,
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Istana Negara, hari ini.

Justeru itu, Seri Paduka memandang serius kes buli yang berlaku di ALK UPNM sehingga mengakibatkan seorang penuntut mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang.

Titah Seri Paduka, kes buli di ALK UPNM bukan pertama kali dilaporkan berlaku, malah sebelum ini sudah terjadi beberapa kali sehingga meragut nyawa.

Pada 2 November lalu, media melaporkan mangsa berusia 20 tahun ditekap seterika pada bahagian dada selepas diminta menggosok baju kerja milik se­niornya dalam kejadian di bilik asrama universiti berkenaan.

Namun minggu lalu, pegawai kadet ALK UPNM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang penuntut berkenaan.

Sebelum ini, Angkatan Tentera (ATM) menjalankan siasatan berkait kes seorang pegawai kadet di ALK, UPNM Sungai Besi yang disyaki dibuli dan didera oleh seorang penuntut senior. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya