Bomba Perak sedia bantu negeri terjejas banjir

Bomba Perak sedia bantu negeri terjejas banjir

SAYANI Saidon dalam sidang akhbar Majlis Perhimpunan Bulanan November 2024 dan Majlis Sekalung Budi Pesara-pesara JBPM 2024 di Ibu Pejabat JBPM Perak di Bandar Meru Raya Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak bersedia menggerakkan anggota dan aset logistik bagi melaksanakan operasi menyelamat di beberapa negeri yang terjejas akibat banjir sepanjang Monsun Timur Laut (MTL)

Pengarahnya, Sayani Saidon berkata, atur gerak itu melibatkan tiga Pasukan Gerak Cepat (PGC) dengan setiap pasukan disertai 13 anggota masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai, Kuala Kangsar dan Tapah.

Katanya, pasukan itu turut disertai Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) selain tiga jentera utiliti serta enam buah bot dan tiga buah lori.

“Tahun lepas kita pernah hantar pasukan untuk bantuan ke Kelantan dan MTL kali ini, kita lihat keperluan untuk bantuan pun adalah di sebelah sana. Setakat ini, masih tiada lagi arahan dikeluarkan. Bagaimanapun, sekiranya diarahkan oleh Pusat Pengurusan Operasi (PPO) Ibu pejabat JBPM, kita akan segera gerakkan pasukan itu untuk ke sana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan November 2024 dan Majlis Sekalung Budi Pesara-pesara JBPM 2024 di Ibu Pejabat JBPM Perak di Bandar Meru Raya, di sini hari ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya