BNM arah ITO semak semula caj insurans

BNM arah ITO semak semula caj insurans

Laporan Utusan Malaysia 26 November 2024
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO) diarah untuk menyemak strategi penentuan semula harga insurans perubatan serta kesihatan (MHIT) bagi memastikan pelaksanaan yang lebih wajar

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan berkata, ia bagi memastikan pelaksanaan yang lebih wajar daripada syarikat dalam menguruskan secara berterusan kenaikan premium atau sumbangan dengan mengambil kira impak terhadap pemegang polisi takaful.

“ITO dikehendaki menyediakan pilihan penyelesaian sesuai untuk pemegang polisi yang sangat terkesan disebabkan oleh peningkatan premium bagi terus mempunyai perlindungan insurans.

“Ia juga perlu memastikan pilihan penyelesaian yang disediakan adalah bermakna dan menyediakan langkah tambahan untuk menyokong pemegang polisi terjejas,” kata kenyataan itu semalam.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan kenaikan kadar polisi insurans perubatan semakin membebankan apabila dijangka naik antara 40 hingga 70 peratus tahun depan berdasarkan notis yang dihantar oleh para penanggung polisi.

Laporan tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada ahli Parlimen, Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) dan banyak pihak sehingga mencetuskan polemik.

Dalam pada itu BNM berkata, mereka peka mengenai kebimbangan penentuan semula harga produk MHIT oleh penanggung ITO.

Katanya, BNM kekal komited bagi memastikan orang ramai terus mempunyai akses kepada produk insurans dan takaful yang bersesuaian. Maklumat lanjut tentang pilihan tersedia akan diumumkan oleh industri insurans dalam masa terdekat.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kos penjagaan kesihatan telah meningkat dengan ketara berikutan inflasi kos perubatan dan peningkatan penggunaan perkhidmatan serta prosedur perubatan.

“Oleh itu, pembaharuan komprehensif dan terlaras untuk membendung inflasi kos perubatan adalah sangat penting bagi memastikan akses berterusan kepada produk perlindungan MHIT yang bersesuaian,” tambahnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya