BN perlu jauhi empat ‘penyakit’ jika mahu menang PRU16

BN perlu jauhi empat ‘penyakit’ jika mahu menang PRU16

JOHARI Abdul Ghani menyerahkan cenderahati kepada Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Konvensyen Barisan Nasional Wilayah Persekutuan 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN//SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) perlu menghindari empat ‘penyakit’ antaranya delusi sekiranya mahu parti itu kembali kuat sekali gus memenangi pilihan raya umum ke-16 (PRU16).

Pengerusi BN Wilayah Per­sekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menggariskan penyakit itu iaitu delusi, lupa, sombong dan tidak mahu berubah yang merupakan empat penyakit dan perlu dihindari sekali gus menjadi punca kelemahan dalam beberapa siri PRU sebelum ini.

Menurut beliau, BN masih dibayangi dengan penyakit delusi atau khayalan kononnya mempercayai bahawa parti itu masih mendapat sokongan rak­yat di atas pelbagai sumbangan dan pencapaian selama ini.

“Kedua penyakit amnesia (mudah lupa). Terlupa akan sebab BN diwujudkan, lupa apa tujuan perjuangan asal dengan berkorban masa dan wang ringgit. Sebaliknya kita kini bekerja untuk apa kita akan dapat. Ini perlu diperbetulkan.

“Seterusnya penyakit iner­tia iaitu enggan buat perubahan. Keempat penyakit arrogant (sombong), tidak boleh terima teguran, tidak boleh terima kesalahan, tidak mahu bertolak ansur.

“Keempat-empat penyakit mesti jadi pedoman kita. Namun paling utama adalah jangan putus asa untuk meraih kemenangan dengan menarik sokongan rakyat,” katanya da­lam Konvensyen BN Wilayah Persekutuan 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Johari yang juga Naib Presiden UMNO dan Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan berkata, beliau yakin BN akan kembali memerintah dengan cemerlang sekiranya semua ahli BN termasuk parti komponen bersatu hati untuk me­raih kejayaan.

Katanya, BN juga perlu menyusun strategi untuk bukan sahaja mempertahankan kerusi dimenangi tetapi merampas kawasan dikuasai pembangkang.

Justeru beliau mahu kepim­pinan BN untuk meletakkan strategi untuk memenangi semula dua kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan iaitu Putrajaya dan Labuan yang dimenangi Perikatan Nasional (PN).

“Saya mahu minta kepada Pengerusi BN iaitu dua kawasan Labuan dan Putrajaya kita pernah menang untuk book (tempah) awal untuk BN bertanding dan mempertahankan,” katanya.

“Yang lain, terserah kepada budi bicara Pengerusi BN untuk memikirkan bagaimana dapat bersama dalam Kerajaan Perpaduan khususnya dalam konteks lebih besar,” katanya.

Menurut Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi serta Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, asas kejayaan BN dalam membawa negara mengecapi kejayaan selama ini adalah perpaduan dalam kalangan kaum khususnya antara UMNO, MCA dan MIC. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya