Bintang Zona Merah meriahkan festival Gebyar Nusantara di TRX - Utusan Malaysia

Bintang Zona Merah meriahkan festival Gebyar Nusantara di TRX

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peminat drama horror Indonesia, Zona Merah, berpeluang bertemu serampang dua mata dengan dua pelakon drama itu iaitu Devano Danendra dan Maria Theodore sempena festival Gebyar Nusantara yang diadakan di Raintree Plaza, Tun Razak Exchange (TRX) bermula hari ini dan esok.

Duta Republik Indonesia ke Malaysia, Dato’ Indera Hermono, berkata, kehadiran pelakon-pelakon itu dan beberapa lagi penggiat seni dari Indonesia sempena festival tersebut adalah sebagai tanda penghargaan seni untuk masyarakat kedua-dua negara.

“Gabungan insan seni berbakat besar ini secara tidak langsung meningkatkan lagi pemahaman dan apresiasi seni antara warga kedua-dua negara,” katanya.

Festival yang julung kali dianjurkan Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur itu turut memeriahkan dengan persembahan barisan artis negara seberang seperti penyanyi yang sedang mencipta nama di Malaysia, Allen Anderson, Kureiji dan Patriot.

Sepanjang dua hari diadakan, pengunjung juga berpeluang mendapatkan maklumat eksklusif dan promosi pelancongan istimewa destinasi menarik seperti Bali, Bandung, Lombok dan Kalimantan menerusi pameran dari Kementerian Pelancongan Republik Indonesia.

Selain itu, festival ini juga menawarkan aneka juadah Nusantara yang menonjolkan cita rasa unik setiap wilayah di Indonesia seperti Nasi Padang Ampera Raya, Soto Banjar Bang Suhai, Ayam Gepuk Top Global, Mama Medan, Betawi Indonesian Cuisine, selain pilihan variasi kopi popular dari negara tersebut.

Indera dalam masa yang sama berkata selain mengukuhkan persahabatan, Gebyar Nusantara juga menjadi pentas menambah baik dan memperkuatkan lagi hubungan perdagangan, pelancongan dan rakyat di kedua-dua negara.

“Festival ini tidak hanya menonjolkan kekayaan seni dan warisan Indonesia, malah memperkasakan lagi hubungan perdagangan, pelancongan dan rakyat antara dua negara menerusi pelbagai aktiviti yang disusun,” katanya.

Gebyar Nusantara yang bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam itu dijangka menarik lebih 15,000 pengunjung. Masuk adalah percuma.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya