Bil TNB tertunggak lebih RM1 bilion tahun ini, Selangor tertinggi

 Bil TNB tertunggak lebih RM1 bilion tahun ini, Selangor tertinggi

AKMAL Nasrullah Mohd. Nasir - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemilik akaun Tenaga Nasionakl Berhad (TNB)  di Selangor mencatatkan kedudukan teratas bagi jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik  tertinggi pada tahun ini dan diikuti Terengganu, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra), Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, setakat September 2024 pula  Selangor terus kekal menduduki senarai teratas dan diikuti Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Terengganu.

Menurut beliau,  berdasarkan statistik TNB, terdapat peningkatan bilangan akaun dan jumlah amaun tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan  bagi tahun 2024 berbanding 2023. 

“Sebanyak 464,076 akaun telah dipotong dengan jumlah tunggakan sebanyak RM945,435,794.07 direkodkan pada tahun 2023.

“Manakala sehingga September 2024, bilangan akaun dipotong telah meningkat kepada 627,491 dengan amaun tunggakan berjumlah RM1,008,771,447.78.

“Kemungkinan sebab-sebab kelewatan pembayaran adalah kekangan kewangan, sikap tidak bertanggungjawab di mana kebanyakkan nama pengguna berdaftar bukan pemilik premis dan sikap bayar TNB terakhir (pay TNB last) dengan izin,” katanya  pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang meminta Menteri Petra menyatakan jumlah kes pemotongan bekalan elektrik oleh TNB akibat kegagalan membayar bil elektrik dan jumlah tunggakan terlibat mengikut negeri dan kategori pengguna bagi tahun 2023 hingga September 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya