Beyonce, Sabrina, Chappell Roan calon Grammy 2025 paling menyerlah - Utusan Malaysia

Beyonce, Sabrina, Chappell Roan calon Grammy 2025 paling menyerlah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Tiga penyanyi wanita popular iaitu Beyonce, Sabrina Carpenter dan Chappell Roan dijangka memberi saingan sengit untuk Anugerah Grammy 2025. 

Menerusi pengumuman pencalonan yang dikeluarkan anugerah berprestij itu menyaksikan Sabrina Carpenter berjaya membolosi enam pencalonan termasuk empat kategori utama iaitu Artis Baharu Terbaik, Album Terbaik, Rakaman Terbaik dan Lagu Terbaik. 

Selain Sabrina, Chappell Roan untuk membolosi enam kategori menerusi album The Rise and Fall of a Midwest Princess.

Paling membanggakan penyanyi 26 tahun itu layak tercalonan untuk dua kategori utama iaitu Rakaman Terbaik dan Lagu Terbaik untuk single Good Luck, Beb!.

Walaupun Sabrina dan Chappell Roan dilihat bintang baru yang menyerlah tahun ini, Beyonce bagaimanapun kekal mencuri tumpuan apabila menjadi artis yang paling banyak tercalon untuk Anugerah Grammy untuk 11 kategori.

Menerusi album Cowboy Carter, Beyonce mendomonasi pencalonan termasuk kategori utama iaitu Album Country Terbaik, Album Terbaik, Rakaman Terbaik dan Lagu Terbaik. 

Selain mereka, antara penyanyi lain yang turut menerima tujuh pencalonan ialah Post Malone, Billie Eilish, Kendrick Lamar, Charlie XCX dan Taylor Swift.

Anugerah Grammy Ke-67 bakal diadakan di Crypto.com Arena, Los Angeles, California, Amerika Syarikat pada 2 Februari tahun depan. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya