Bersatu pilih kepimpinan baharu hari ini

Bersatu pilih kepimpinan baharu hari ini

Bersatu cantas
Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nasib Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersama lima calon Naib Presiden yang bertanding dalam pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bakal diketahui hari ini.

Bersatu akan mengadakan persidangan bahagian bukan sahaja untuk memilih kepimpinan peringkat tersebut, tetapi membabitkan Pusat iaitu  tiga Naib Presiden dan 20 ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) di saat 10 bahagian digantung daripada terlibat mengadakan persidangan.

Sebanyak 10 bahagian yang digantung ialah  Hulu Langat, Kota Melaka, Jasin, Tapah, Teluk Intan, Machang, Bukit Mertajam, Bukit Bendera, Tanjong dan Cameron Highland.

Sebelum ini, selain Ahmad Faizal antara  lima calon layak bertanding Naib Presiden ialah  dua penyandang jawatan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin selain Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris dan Ahli MPT, Mohd. Rafiq Mohd. Abdullah.

Selain itu, Bersatu akan memilih dalam kalangan 80 calon akan bersaing untuk mengisi 20 jawatan ahli MPT. Antaranya bekas Ketua Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Bagaimanapun seorang anggota Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu ketika dihubungi memaklumkan, keputusan rasmi tidak akan diumumkan pada hari ini.

Namun beliau tidak menjelaskan bilakah JPP akan membuat keputusan rasmi berhubung pemilihan pusat dan bahagian Bersatu.

“Keputusannya bukannya hari ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan kekal sebagai Presiden manakala Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengisi jawatan Timbalan Presiden selepas masing-masing menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi 2024-2027.

Datuk Mas Ermieyati Samsudin turut menang tanpa bertanding jawatan Ketua Srikandi manakala jawatan Ketua Armada pula dimenangi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham selepas mengatasi pencabarnya, Akmal Zahin Zainal Zahir.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya