Beri ruang usahawan muda kembang potensi

Beri ruang usahawan muda kembang potensi

FADILLAH (tengah) bersama Pengerusi Penganjur Datuk KK Chua dalam majlis The 100 Most Influential Young Entrepreneur 2024 (100MYE) baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan sentiasa memberi ruang kepada usahawan muda mengembangkan potensi mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pelbagai kemudahan diwujudkan kerajaan bagi membolehkan golongan muda berwawasan menyumbang kepada ekonomi negara.

“Kami menekankan kepentingan mewujudkan ekosistem yang berkembang maju yang bukan sahaja menggalakkan kejayaan individu tetapi juga menyumbang kepada pembinaan ekonomi yang berdaya tahan dan makmur untuk semua rakyat.

“Komuniti keusahawanan turut memainkan peranan menggalakkan lebih ramai anak muda berani mengambil risiko dan mengejar aspirasi keusahawanan,” katanya dalam Majlis Anugerah 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh 2024 (100 MIYE) baru-baru ini.

Tambah Fadillah, semua pihak khususnya pemain industri dan usahawan muda perlu meningkatkan kerjasama dalam merealisasikan hasrat membina negara maju melalui inovasi dan keusahawanan.

“Bersama-sama, kita boleh mewujudkan persekitaran yang menyokong kerjasama dan inovasi, seterusnya memberi inspirasi kepada semua untuk memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan negara.

“Pencapaian anda mewakili masa depan lebih cerah untuk negara, memberi inspirasi kepada kita untuk berganding bahu dalam mewujudkan Malaysia maju melalui inovasi dan peluang,” katanya.

100 MIYE anjuran Entrepreneur Insight (El) mengiktiraf usahawan muda yang berani, kreatif dan inovatif dengan menetapkan standard semangat keusahawanan Malaysia.

Ahli perniagaan, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador antara usahawan muda yang dinobatkan sebagai paling berpengaruh di negara ini pada acara berkenaan.

Bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri itu dipilih menerusi Kategori Usahawan Ikonik Tahunan dalam penganjuran majlis tersebut. – UTUSA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya