Beri mesej baharu Malaysia hidupkan roh Islam - PM

Beri mesej baharu Malaysia hidupkan roh Islam – PM

ANWAR Ibrahim ketika berucap pada Majlis Khatam Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024 di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Majlis Khatam Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024 hari ini mampu meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang menghidupkan roh Islam.

Perdana Menteri juga berharap agar program ilmu ini membawa sebuah mesej baharu kepada dunia.

“Mudah-mudahan Malaysia terpancar sebagai sebuah negara Madani yang gigih berusaha memacu pertumbuhan dan pada masa sama, mengekalkan semangat hidupkan penghayatan Islam dan roh Islam,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Khatam Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024 di Masjid Putra, di sini malam ini.

Anwar berkata, kemajuan, pembangunan dan kemampanan dalam negara Madani ini mesti berteraskan nilai, keyakinan dan akhlak.

“Sebab itu, untuk menyemarakkan Islam ini, pencerahannya dan ilmunya sangat penting.

“Saya ingat lagi pesanan Mufti Besar India, Al-Allamah Sheikh Abu Bakar Ahmad al-Malibari. Dia pesan kepada saya apabila pegang jawatan sebagai Perdana Menteri, usahakan lah supaya ada majlis yang disebut Sama’ Khatam Hadith Sahih Al-Bukhari’ setiap tahun.

“Tahun lalu kita mulakan dengan sederhana dan Alhamdulillah tahun ini kita saksikan kejayaan membanggakan,” katanya.

Katanya, beliau juga mahu semua anak-anak Islam di semua sistem pendidikan supaya mulakan dengan mata pelajaran wajib iaitu menelaah 40 hadis, terjemahannya dan syarahannya.

Terdahulu, lebih 10,000 peserta hadir termasuk ulama muktabar pada majlis julung kali itu antaranya syarahan perdana serta pengijazahan Sahih al-Bukhari oleh Sheikh Abu Bakar Ahmad al-Malibari. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN