Belum ada rancangan tubuh pusat selaras bantuan - Nancy

Parlimen: Belum ada rancangan tubuh pusat selaras bantuan – Nancy

NANCY SHUKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) belum mempunyai perancangan menubuhkan satu pusat bagi bantuan kebajikan dapat diselaraskan daripada pelbagai agensi.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya membenarkan mana-mana agensi untuk menyalurkan bantuan kepada keluarga yang memerlukan agar dapat meringankan beban.

“Setakat ini, belum ada perancangan seperti itu kerana kita membiarkan (perkara itu). Kita tahu bahawa selain daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ada juga agensi lain yang memberikan bantuan. Kita membenarkan perkara itu berlaku supaya ia boleh membantu mereka.

“Apa yang kita lihat sekarang ini, saya rasa mungkin ramai yang mengatakan tidak mencukupi terutama sekali mereka yang berada di bandar. Jadi sebab itu kalau dilihat walaupun mungkin bantuan ketika ini tidak mencukupi, namun kita melihat dari sudut apakah kategori yang sesuai untuk mereka melibatkan tanggungan.

“Walaupun ketua keluarga juga menerima bantuan dan kita membenarkan ahli keluarga yang mempunyai Orang Kelainan Upaya (OKU), ia supaya dapat meringankan beban mereka,” katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) yang meminta sama ada kerajaan bercadang untuk menubuhkan satu pusat bagi bantuan kebajikan agar dapat diselaraskan dengan baik sekali tiada pertindihan atau keciciran.

Mengulas lanjut Nancy berkata, tiada jawatankuasa ditubuhkan bagi pemantauan bantuan yang disalurkan kepada keluarga yang memerlukan.

“Dalam kementerian kita sudah mempunyai audit dan kumpulan untuk memantau. Pemberian bantuan dipantau sama ada terdapat pembaharuan atau sebaliknya melibatkan kematian.

“Tiada jawatankuasa khas untuk memantau tetapi ini yang sering kementerian laksanakan untuk memastikan ia berlaku secara berpentadbiran,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Kesavan a/l Subramaniam (PH-Sungai Siput) menyatakan sama adakah kerajaan untuk menubuhkan satu sistem pemantauan untuk memastikan keberkesanan kadar bantuan baharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya